Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan program prauniversiti yang diselaraskan oleh pihak KPM. Sebelum ini program matrikulasi di bawah seliaan universiti awam namun program matrikulasi tersebut ditukar kepada program asasi. Program matrikulasi KPM diwujudkan disebabkan kurang penyertaan kaum Bumiputera dalam mengambil mata pelajaran aliran sains pada peringkat tingkatan enam.Pada tahun 2020, kemasukan ke program matrikulasi KPM dan Asasi Universiti Awam ialah 13,792 pelajar.